Monday, 31 October 2011

Teknologi: Celcom Membuat Ujian Rangkaian 4G LTE

  Jikalau sebelum ini Maxis telah sedia menjalankan ujian LTE di beberapa kawasan, kini Celcom dengan kerjasama Huawei dan Ericsson mula menjalankan ujian teknologi LTE (Long-Term Evolution) sebelum memperkenalkannya kepada umum.


LTE merupakan teknologi komunikasi mudah-alih genereas baru, yyang mana membawakan pengalaman penggunaan telefon bimbit sama seperti menggunakan komputer, dengan lebih interaktif lagi. LTE juga merupakan salah satu teknologi 4G, dan Celcom amat berminat dengannya.


Sehingga kini, kerajaan masih lagi belum mengumumkan bagaimana mereka akan membahagikan spektrum gelombang LTE antara penyedia telekomunikasi. Namun begitu, perkara tersebut dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.
   
Celcom sendiri mengatakan yang mana mereka akan melaburkan lebih RM1 billion setahun untuk tiga tahun akan datang dalam memperkembangkan teknologi dan servis mereka.


Selain daripada Celcom, Maxis sebelum ini telah pun menjalankan beberapa ujian LTE, yang mana memperlihatkan kadar muat-turun sehingga 104Mbps. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan dengan LTE daripada DiGi dan juga UMobile.




No comments:

Post a Comment