Friday, 11 November 2011

Cerita dipagi jumaat yang indah....Kisah ular hitam menunggu mayat...renungkanlah pengajaran dari kisah ini....




Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah. Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. 

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. 

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). 

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya. Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. 
Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

Thursday, 10 November 2011



KELEBIHAN SURAH ALAM NASYRAH(MELAPANGKAN)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : " Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku "

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan

Cerita Lawak Teknologi

Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna, seorang Amerika,
seorang Jepun dan seorang Indonesia. Dikeheningan berada didalam
bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi....bip...bip....bip....
Orang Amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu. Kedua si Jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si Amerika ni pun berkata, "Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set...." Maka kagum la si Jepun dan Indonesia ni.

Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik
sauna tersebut. Tetiba si Jepun pun mengangkat tangan kirinya dan
seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di
mulut dan jari kelingkingnyer di telinga. panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp..."

Setelah habis menjawab maka si Jepun pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si Amerika dan si Jepun, si Indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian..."Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?" Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang si indon ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer si Amerika dan si Jepun pun bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?"

Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer...."Oh saya baru
terima Fax......"
LG Optimus Sol

Ahli terbaru dalam keluarga smartphone LG Optimus, Optimus Sol dengan nama model LG-E730 menjalankan platform Android 2.3 Gingerbread terkini dan 1Ghz CPU. Tetapi apa yang lebih diperkatakan tentang telefon pintar ini ialah rekabentuknya yang nipis iaitu 9.8mm serta skrin Ultra AMOLED 3.8 incinya dikatakan menawarkan kejelasan meskipun dibawah terik matahari. Begitu juga kesediaan Flash 10.1 antara yang menjadi ciri fokus Optimus Sol. Telefon ini turut menjalankan sistem pengurusan kuasa berasaskan idle yang meningkatkan kuasa bateri antara 20-30 peratus. Terdapat kamera 5.0MP dengan ciri auto fokus dan auto shutter; serta hubungan ke DLNA dan WiFi terus dari skrin.


ANDROID TELAH MENDARAT!
DUNIA ANDROID DIGEMPARKAN DENGAN KEMUNCULAN TERKINI ANDROID TV



Apakah yang ada di fikiran anda apabila membicarakan tentang Android? Telefon Android? Tablet Android? Atau robot Android berwarna hijau? Mungkin kebanyakan daripada kita membayangkan telefon Android dan aplikasinya,
memandangkan ia begitu popular dan digunakan dengan meluas. Tetapi robot warna hijau itu juga tidak kurang comel dan popularnya. Banyak digunakan sebagai kertas dinding desktop oleh mereka yang fanatik Android.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa dunia Android telah digemparkan sekali lagi dan kali ini dalam bentuk yang kita amat biasa dan pasti ditatap setiap hari. Android kini di TV!

Android TV pasti menjadi sesuatu yang mengujakan pengguna kerana ia membawakan pengalaman Internet terus ke kotak televisyen kegemaran kita. Umumnya Android TV bukanlah televisyen tetapi boleh disifatkan sebagai kotak penala televisyen, pemain media, netbook, bingkai foto digital dan set Internet yang dibawakan ke televisyen. Ia menyediakan corak hiburan televisyen baru dan pengalaman Internet TV yang tiada tandingan bagi mereka yang memilikinya.

Android merupakan sistem sumber terbuka yang bebas digunakan. Begitu juga dengan rekaan Android TV, banyak sumber terbuka digunakan untuk menguasakannya. Bagi mereka yang selalu inginkan televisyen di kediaman menjadi lebih canggih dan hebat berbanding siaran televisyen biasa, maka ‘Internetkan’ ia. Android TV satu pilihan yang baik. Menerusi Android TV kita boleh menonton, memuat turun video dan permainan serta membuatkan kita bangga memiliki kandungan televisyen yang lebih baik daripada jiran sebelah, meskipun TV dia lebih mahal.
Harimau Malaya kembali mengaum....kemenangan dengan Thailand 2-1...Tahniah buat Malaysia


Pemain Malaysia meraikan jaringan Baddrol Bahtiar pada perlawanan menentang Thailand di Stadium Gelora Bung Karno, semalam. Malaysia menang 2-1.

Pemain Malaysia meraikan jaringan Baddrol Bahtiar pada perlawanan menentang Thailand di Stadium Gelora Bung Karno, semalam. Malaysia menang 2-1.Anak buah Kim Swee tampil garang benam Thailand

HARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu.

Pada saingan di Gelora Bung Karno semalam, skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee tampil mempamerkan corak lebih meyakinkan berbanding aksi pertama Isnin lalu, dengan gerakan pantas dan beberapa gerakan jaringan yang kemas. Kemasukan perancang 17 tahun, Nazmi Faiz jelas memberi perubahan mendadak kepada pergerakan jentera tengah dan Kim Swee berharap kecederaan dialami pemain itu pada babak kedua semalam, tidak serius. “Nazmi baru berusia 17 tahun tetapi permainannya bertaraf antarabangsa,” kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan. “Dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi saya yakin ia tidak serius.

“Kami mempunyai tempoh empat hari untuk persiapan menentang Kemboja dan saya harap ia cukup untuk pemulihan pemain. Kemboja bukan pasukan mudah dan waktu rehat panjang ini bakal membantu kami.”

Saya tak sangka: Izzaq

Pada perlawanan semalam, Kim Swee menyenaraikan Nazmi dalam kesebelasan pertama dan fungsinya di depan barisan pertahanan banyak membantu pasukan dalam mengatur serangan ke kubu Thailand.
Kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama negara pada minit ke-25 tetapi kelalaian seketika membolehkan barisan dikendalikan jurulatih Prapol Pongpanich menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan Natarid Thammarossopon.

Namun percaturan Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani pada baki 10 minit sebelum tamat, membuahkan hasil apabila penyerang tinggi lampai itu meledak gol kemenangan dengan sepakan lencong kaki kiri yang menarik pada minit ke-85.

“Saya tidak sangka akan diturunkan hari ini (semalam) dan peluang beraksi itu saya gunakan sebaik mungkin. Saya lebih gembira dapat menjaringkan gol dan ini baik untuk karier saya,” kata Izzaq.

Thursday, 3 November 2011

KUASA TEKNOLOGI KOMUNIKASI


Teknologi komunikasi seperti internet dan SMS sememangnya merupakan alat yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Ia bukan sahaja berkuasa untuk membangunkan sesebuah masyarakat tetapi juga memajukan lagi negara. Tanpa teknologi komunikasi, sudah pastinya masyarakat di sesebuah negara akan ketinggalan dan mundur. Apabila memperkatakan tentang teknologi komunikasi, kita tidak memisahkannya dengan sistem-sistem yang wujud dalam masyarakat seperti politik dan ekonomi kerana ia saling berkaitan. Teknologi komunikasi atau secara spesifiknya internet dilihat mempunyai peranan yang sangat penting dalam sistem-sistem masyarakat. Namun persoalanya adakah benar sistem teknologi komunikasi ini dapat mengubah sistem-sistem dalam masyarakat ataupun sistem politik itu sendiri yang berkuasa dalam menentukan penggunaan teknologi komunikasi?

Dari sudut positif, perkembangan sistem teknologi komunikasi ini dapat mengubah struktur masyarakat terutama dalam politik, ekonomi dan sosial sama ada secara lansung atau tidak langsung. Contohnya; penggunaan internet dan sms yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam memberi maklumat secara tepat, cepat dan mudah diakses. Kewujudan teknologi komunikasi ini juga dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam menjalani tanggungjawab sosial mereka atau sebagai keperluan dalam kehidupan mereka. Dikatakan bahawa internet adalah salah satu penyebab utama kekalahan BN kepada PR di lima buah negeri pada pilihanraya yang lalu. Ini kerana internet telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh orang ramai dan pihak pembangkang dalam menyebarkan propaganda dan mendedahkan kelemahan BN. Semua ini mempengaruhi rakyat dalam pengundian. Hal ini telah membuktikan betapa kuatnya penggunaan teknologi komunikasi ini dalam sistem politik negara yang dapat mempengaruhi sesetengah masyarakat.

Selain itu, kuasa teknologi komunikasi ini juga dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat dan berdebat tentang isu yang dibangkitkan dalam politik Negara. Hal ini dapat mempraktikkan kesedaran dan wujud pelbagai pendapat yang dapat memuaskan masyarakat itu sendiri dalam proses demokrasi. Namun, sekiranya kewujudan sistem teknologi ini mampu menjadi sumber kepada masyarakat, tetapi adakah ia mampu mengubah masyarakat atau sistem politik itu ataupun sistem politik itu yang telah mengubah penggunaan teknologi ini sepenuhnya. Oleh itu, seperti yang kita sedia maklum, walaupun wujud debat mengenai isu politik dalam sistem teknologi, namun terbuktikah keberkesanannya dalam mengubah struktur politik negara. Untuk setakat ini, jawapan pastinya adalah TIDAK. Ini kerana walaupun pelbagai maklumat dikemukakan menerusi teknologi komunikasi ini, namun pihak kerajaan tidak pernah mempertimbangkan apa yang diperdebatkan oleh masyarakat menerusi internet. Semua kandungan internet yang mengkritik kerajaan dianggap sebagai fitnah dan tidak boleh dipercayai serta suara minoriti. Dalam masa yang sama, kerajaan cuba menyekat kebebasan internet dengan mencabul undang-undang ketiadaan penapisan internet. Hari ini, jikalau ada pihak yang memperkatakan tentang isu yang dianggap fitnah dan boleh mengancam keselamatan negara akan ditahan di bawah pelbagai undang-undang termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan dan lain-lain. Kerajaan juga dilihat cuba untuk menyekat akses kepada laman web, blog, forum yang dilihat boleh menggugat kedudukan mereka. Contohnya; apa yang berlaku kepada Malaysia Today yang disekat akses seketika sebelum ditarikbalik kerana pelbagai pihak yang mengatakannya sebagai melanggar undang-undang ketiadaan penapisan internet. Walaupun ditarikbalik, tetapi pengoperasian blog tersebut dibataskan oleh undang-undang sehinggalah perkembangan terbaru dimana pengendalinya iaitu Raja Petra Raja Kamarudin yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA. Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa politik iaitu dalam hal ini pihak kerajaan lebih berkuasa menentukan penggunaan teknologi komunikasi. Bukan sebaliknya.

Manakala dalam konteks pembangunan masyarakat, ramai yang mempertikaikan sesuatu polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya isu kenaikan harga minyak dimana ramai pihak tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan sesuka hati. Isu ini diperdebatkan menerusi internet oleh orang ramai yang menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing serta ada yang mencadangkan alternatif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat. Adakah pihak kerajaan meneliti dan mempertimbangkan segara suara rakyat itu? Jawapannya adalah TIDAK. Kerajaan tidak pernah mempedulikan suara rakyat dalam pentadbiran mereka. Rakyat terus dibelakangkan seolah-olah negara ini adalah milik mereka.

Hal yang sama berlaku dalam isu ekonomi, pendidikan dan lain-lain kerana apa yang dibincangkan oleh rakyat menerusi teknologi komunikasi hanya sekadar perbincangan kosong tidak dimanfaatkan kerana pihak kerajaan ingin mengekalkan polisi yang sedia ada.

Hakikatnya, teknologi komunikasi walaupun mempunyai peranan yang besar kepada masyarakat keseluruhannya, namun kuasanya masih lagi terhad dalam mengubah sistem dalam masyarakat yang jelas didominasi dan dikuasai oleh kerajaan. Sebaliknya, teknologi komunikasi itu sendiri yang terus berada dalam genggaman pemerintah dengan pelbagai undang-undang yang membataskan kebebasan teknologi komunikasi. Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan? Ia akan berterusan sampai bila-bila seandainya kerajaan terus mengekalkan dasar dan prisip pentadbiran yang jelas melanggar dan mencabul demokrasi.

Perkembangan Teknologi Komunikasi

Perkembangan teknologi telekomunikasi dibagi berdasarkan G (Generation), antaranya:

1G (Analog Cellular)

Sekitar tahun 1980 meliputi teknologi: Voice, AMPS, TACS

2G (Digital Cellular)
Sekitar tahun 1992 - 1999 meliputi teknologi: Voice/Data
a. CDMA
b. GSM - GPRS

3G (Digital Cellular)
Sekitar tahun 2001-2003 meliputi teknologi: Voice/High Speed Data
a. CDMA2000
b. WCDMA

Keterangan:

GSM (Global System for Mobile Communications)
Sebuah standar global untuk telekomunikasi bergerak digital. GSM adalah nama sebuah group standarisasi yang dibentuk diera tahun 1982 untuk menciptakan sebuah standar baru telepon bergerak selular di Eropa yang beroperasi pada frekuensi 900MHz. Kecepatan 9,5 kb/s

GPRS (General Packet Radio Services)
Sistem GPRS dipakai untuk transfer data (dalam bentuk paket data) yang berkaitan dengan e-mail, data gambar (MMS) dan penelusuran (browsing) internet. Kecepatan GPRS dari 5,6 kbps - 114 kbps

EDGE (Enchanced Data Rates for GSM Evolution)

Enchanced Data Rates for GSM Evolution disingkat EDGE biasa disebut juga EGPRS (Enchanced GPRS) merupakan teknologi telepon seluler digital lanjutan 2,5G (GSM+GPRS). Dengan EDGE kecepatan transmisi data GPRS menjadi lebih cepat sehingga memberikan kemungkinan terhadap fasilitas audio streaming, permainan komputer online, PTT (push to talk), dan lain-lain. Dengan EDGE kecepatan transmisi GPRS mencapai 126-473,8kbps (kilobit per second).

3G (Third Generation Technology)
3G sebagai sebuah solusi nirkabel yang bisa memberikan kecepatan akses:
a. Sebesar 144 Kbps untuk kondisi bergerak cepat (mobile)
b. Sebesar 384 Kbps untuk kondisi berjalan
c. Sebesar 2 Mbps untuk kondisi statik di suatu tempat

HSDPA (High-Speed Downlink Packet Acces)

High-Speed Downlink Packet Access (HSDPA) adalah sebuah protokol telepon genggam dan kadangkala disebut sebagai teknologi 3,5G.
Teknologi ini dikembangkan dari WCDMA sama seperti EV-DOdikembangkan dari CDMA2000.
HSDPA memberikan jalur evolusi untuk jaringan Universal Mobile Telecommunications System (UMTS) yang akan dapat memberikan kapasitas data yang lebih besar
14,4 Mbit/detik Downlink.

CDMA (Code Division Multiple Access)
 atau CDMA2000
Menggunakan teknologi spread spektrum untuk mengedarkan sinyal informasi yang melalui bandwidth yang lebar (1.25 HZ ), menggunakan kode digital yang unik lebih baik dari pada channel atau frekuensi. Kecepatan paket data sampai dengan 153.6 kbps

EV-DO
Evolution-Data Optimized or Evolution-Data only, Disingkat EV-DO or EVDO and often EV. Teknologi ini merupakan pengembangan dari CDMA2000.
Packet Data: Downlink 2.4 Mbps - Uplink 153.6 kbps

WCDMA
Wideband Code-Division Multiple Access atau biasa ditulis Wideband-CDMAatau W-CDMA, merupakan teknologi generasi ketiga (3G) untuk GSM, biasa disebut juga UMTS (Universal Mobile Telecommunication System). Teknologi ini tidak kompatibel dengan CDMA2000 atau sering disebut juga dengan CDMA saja.

Kecepatan WCDMA bisa mencapai 384 kbps dan dimasa akan datang akan meningkat sampai mungkin sekitar 10Mbps.

Monday, 31 October 2011

Teknologi: Celcom Membuat Ujian Rangkaian 4G LTE

  Jikalau sebelum ini Maxis telah sedia menjalankan ujian LTE di beberapa kawasan, kini Celcom dengan kerjasama Huawei dan Ericsson mula menjalankan ujian teknologi LTE (Long-Term Evolution) sebelum memperkenalkannya kepada umum.


LTE merupakan teknologi komunikasi mudah-alih genereas baru, yyang mana membawakan pengalaman penggunaan telefon bimbit sama seperti menggunakan komputer, dengan lebih interaktif lagi. LTE juga merupakan salah satu teknologi 4G, dan Celcom amat berminat dengannya.


Sehingga kini, kerajaan masih lagi belum mengumumkan bagaimana mereka akan membahagikan spektrum gelombang LTE antara penyedia telekomunikasi. Namun begitu, perkara tersebut dijangka akan dilaksanakan tidak lama lagi.
   
Celcom sendiri mengatakan yang mana mereka akan melaburkan lebih RM1 billion setahun untuk tiga tahun akan datang dalam memperkembangkan teknologi dan servis mereka.


Selain daripada Celcom, Maxis sebelum ini telah pun menjalankan beberapa ujian LTE, yang mana memperlihatkan kadar muat-turun sehingga 104Mbps. Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan dengan LTE daripada DiGi dan juga UMobile.




Celcom tawar 31 motor

MENANG MOTOR...Afizulazha (kanan) bersama seorang pemenang Modenas CT100.
CELCOM Axiata Berhad menawarkan peluang memenangi motosikal Modenas CT100 kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar yang berkongsi masa berbual dengan lebih kerap.


Ketua Operasi Data Lanjutannya, Afizulazha Abdullah berkata, tawaran berkenaan dibuka bermula 15 Oktober hingga 14 November ini dan pihaknya menawarkan 31 motosikal bagi pelanggan yang membuat perkongsian dua kali sehari.


“Sebelum ini, perkhidmatan ini di kalangan pengguna prabayar, namun atas permintaan yang tinggi, kami memperkenalkannya untuk pelanggan pasca bayar juga,” katanya.
Pelanggan hanya perlu membuat perkongsian masa berbual sekurang-kurangnya dua kali sehari dan seorang pemenang akan dipilih setiap hari.
“Perkongsian itu juga perlu dilakukan dengan pengguna prabayar saja,” katanya.
Untuk memulakan perkongsian, taip RM dan hantar ke 1. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai pelanggan yang berjaya menjawab dua soalan mudah.